Sunday, 29 May 2016

Kem An Naim (Malam) PT.1

Malam Pertama Kem An Naim PART 1

Tepat pukul 11.30 malam.

''Baiklah pada malam ini saya akan membawa kamu semua keluar dari dewan ini.''
Aku dan kawanku yang lain hanya diam mendengar kata-katanya.Dia menyambung katanya lagi.,

''Jadi jika sesuatu berlaku kepada kamu, sebutlah 'Allah,allah,allah!' . Ini saya serahkan kain berwarna hitam sebagai bekalan kamu nanti.Pastikan kamu mengikatnya dengan kemas supaya ikatannya tidak terbuka.Sila jujur, kalau kamu buka ikatan itu,kamu jangan mimpi ustaz akan ambil kamu lagi''

  Aku dan rakanku yang lain hanya menurut walaupun kami agak pelik dengan apa yang berlaku.Namun perasaan itu dipendam sahaja,bimbang ustaz akan marah jika tidak menurut katanya.Namun segalanya menjadi gelap.Aku dan rakanku yang lain tidak mampu melihat lagi dek kerana kain hitam yang menutupi mata kami.Fasilitator yang bertugas pada malam itu sudah mula menjalankan tugas masing-masing.
Mereka mencari selipar mereka dalam kegelapan malam


Pelajar diletakkan berasingan 

  Seorang fasilitator menarik tangan salah seorang daripada kawan ku,memaksanya untuk berdiri walaupun dia tidak mampu melihat lagi. Secara tiba-tiba,dia menangis teresak-esak. Kami tergamam. Namun,itulah apa yang kami rasa. Ketakutan . Walau bagaimanapun, kami tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan mendengar sahaja.

  Kini tiba giliran aku,aku meraba-raba sekeliling untuk mencari selipar. Namun aku terdengar bisikan halus di telingaku.Aku menelan liur.Sukar rasanya untuk menerangkan perasaanku tika itu. Aku terasa ada tangan yang menarik tangan ku.Dia memaksa aku untuk duduk.Aku lagi sekali meraba-raba sekeliling. Basah. Jantungku mulai berdegup kencang. Aku bimbang berseorangan. Aku bimbang aku ditinggalkan di situ.

  


No comments:

Post a Comment