Sunday, 29 May 2016

Kem An Naim (Malam) PT.1

Malam Pertama Kem An Naim PART 1

Tepat pukul 11.30 malam.

''Baiklah pada malam ini saya akan membawa kamu semua keluar dari dewan ini.''
Aku dan kawanku yang lain hanya diam mendengar kata-katanya.Dia menyambung katanya lagi.,

''Jadi jika sesuatu berlaku kepada kamu, sebutlah 'Allah,allah,allah!' . Ini saya serahkan kain berwarna hitam sebagai bekalan kamu nanti.Pastikan kamu mengikatnya dengan kemas supaya ikatannya tidak terbuka.Sila jujur, kalau kamu buka ikatan itu,kamu jangan mimpi ustaz akan ambil kamu lagi''

  Aku dan rakanku yang lain hanya menurut walaupun kami agak pelik dengan apa yang berlaku.Namun perasaan itu dipendam sahaja,bimbang ustaz akan marah jika tidak menurut katanya.Namun segalanya menjadi gelap.Aku dan rakanku yang lain tidak mampu melihat lagi dek kerana kain hitam yang menutupi mata kami.Fasilitator yang bertugas pada malam itu sudah mula menjalankan tugas masing-masing.
Mereka mencari selipar mereka dalam kegelapan malam


Pelajar diletakkan berasingan 

  Seorang fasilitator menarik tangan salah seorang daripada kawan ku,memaksanya untuk berdiri walaupun dia tidak mampu melihat lagi. Secara tiba-tiba,dia menangis teresak-esak. Kami tergamam. Namun,itulah apa yang kami rasa. Ketakutan . Walau bagaimanapun, kami tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan mendengar sahaja.

  Kini tiba giliran aku,aku meraba-raba sekeliling untuk mencari selipar. Namun aku terdengar bisikan halus di telingaku.Aku menelan liur.Sukar rasanya untuk menerangkan perasaanku tika itu. Aku terasa ada tangan yang menarik tangan ku.Dia memaksa aku untuk duduk.Aku lagi sekali meraba-raba sekeliling. Basah. Jantungku mulai berdegup kencang. Aku bimbang berseorangan. Aku bimbang aku ditinggalkan di situ.

  


Saturday, 21 November 2015

Sprinklelicious

Ahhh.Sprinklelicious.

   Sepatutnya ibu dan ayah cuti hari ini.Tetapi kerana kesibukan kerja,emak saudara kami atau dengan panggilan yang lebih mesra sebagai anjang yang akan menjaga kami di rumah. Pada mulanya,mahu ke MR.DIY sahaja . (kerana di sana ada jual squishy juga) . Kami pergi hampir semua tempat yang ada MR.DIY. Tempat terakhir kami pergi ke MR DIY ialah ke Plaza Alam Sentral . Tiba-tiba timbul pula idea mahu ke Sprinklelicious memandangkan Sprinklelicious berlokasi di Plaza Masalam . Anjang kata,di Plaza Alam Sentral Shah Alam juga ada Sprinklelicious, rupa-rupanya kami tersalah tempat.Biasalah,baru pertama kali ke sana.



   Dalam kala pelanggan lain yang masih leka memilih squishy yang akan dibeli,saya masih lagi memegang telefon hanya kerana mahu membuat vlog . Teruk betul . Sudah sedar masa berlalu pantas, saya terus memilih squishy yang mahu dibeli . Bermulalah adegan kehulur-hilir di kedai itu . Pening betul mahu pilih squishy. Terlalu banyak squishy yang comel-comel belaka!



  Adik saya hanya membeli dua squishy sahaja ,iaitu Jumbo Panda Bun dan juga Medium Yellow Bun.Semasa di kaunter,adik saya mengeluarkan duit tabungnya. Bergulung-gulung duit tabungnya itu dek kerana kesan ikatan getah . Tergelak juruwang melihat adik saya yang masih terkial-kial mengira duit tabungnya.


Inilah gambar squishy yang kami beli.

1.Medium Yellow Bun
2.Jumbo Panda Bun
3.Hello Kitty Powdered Sugar Doughnut In Pink

Itu sahaja squishy yang kami beli.Cuba kawan-kawan teka,berapa harga bagi kesemua squishy bagi gambar di atas? Jangan terkejut tau.

Wednesday, 4 November 2015

Koir 5 Ikhlas

4.11.2015

Kumpulan Koir.Pada mulanya ibu tidak benarkan tapi setelah buat wajah comel akhirnya dapat juga masuk.Saya,Myra,Safwah,Elya,Tasneem,Marissa,Yasmin,Liyana,Sakinah dan seorang lagi.Lupa pula namanya. Tidak mengapalah.



   Setelah membuat beberapa undian,akhirnya kami bersetuju memilih lagu yang bertajuk 'Fight Song'.Penyanyi asalnya ialah Rachel Platten. Ia menceritakan tentang semangat dirinya yang tidak pernah luntur. Keesokannya, Elya bawa lirik lagu dan kami hafal bersama-sama dengan yang lain. Kuat juga suara mereka menyanyi. Malu juga apabila mahu melalak sekuat hati.Kami berlatih posisi,gerakan dan juga yang lain. Sedar tanpa sedar,rupanya besok sudah mula dipertandingkan.

Pada keesokan paginya,tepat pukul 6.30, kami naik ke kelas untuk berlatih buat kali terakhir.Berdebar juga rasa hati. Dup Dap..Dup Dap.. Tetapi cuba buang jauh-jauh rasa itu.Pada masa itu guru membenarkan kami menukar pakaian kerana sebentar lagi akan pertandingan itu akan bermula.

Safwah dan Myra membawa beberapa alatan solek khas untuk Group Koir 5 Ikhlas.Pada mulanya saya hanya memakai bedak sahaja.Melihatkan yang lain memakai alatan solek yang lain,apa salah nya bukan? Jadi saya pun mengambil mascara. Saya memang benci alat solek.Semasa saya mencuba memakai mascara,dengan tidak sengaja mascara itu terkena pada hidung. Melihatkan itu,mereka yang lain terkekeh-kekeh ketawa melihat calitan hitam pada hidung saya. Saya dengan segera membasuh muka dengan air. Susah betul pakai benda alah ni. Jadi saya hanya mengambil keputusan hanya memakai bedak nipis dan juga pelembab bibir. Simple bukan?



Tempat KEDUA.

 Inilah hasil kami setelah berlatih secara bersungguh-sungguh walaupun selama sehari. Allhamdulillah, kami menang. Pada waktu itu Elya menjerit kuat betul. Seperti mahu pitam sahaja mendengar dia menjerit. Sudahlah saya duduk di sebelah dia. Tiada tapisan langsung. (gurau sahaja) .
Walaupun tidak dapat nombor satu,tetapi kami tetap gembira kerana sekurang-kurangnya dapat nombor dua.Tahun depan boleh cuba lagi.Itu sahaja untuk post saya kali ini. Bye.


P/s:Yang emoji itu bukan lencana sekolah ya ^_^ . Saya hanya mahu tutup lencana sekolah menggunakan emoji itu sahaja.

Wednesday, 7 October 2015

Mana satu?

Hari ini tiada apa yang istimewa mahu dicakapkan..
Akhirnya setelah sekian lama menunggu saya berjaya memuat naik gambar dalam post kali ini..dan juga mungkin post yang akan datang!



Saya hanya membuat tiga editan sahaja.


Satu sahaja lagi...

Saya tahu saya tidak mahir dalam bab mengedit..tetapi saya suka benda yang ''simple dan kemas''
Komen mana satu editan yang paling cantik ya!
itu sahaja unutk kali ini!

Selamat malam!



Sunday, 4 October 2015

Misi Merdeka

5 Ikhlas.

Nampaknya sekolah kami telah menganjurkan pertandingan Kelas Tercantik dan Terbersih sempena hari kemerdekaan.Rasa seperti mahu melompat sahaja dari kerusi sebaik sahaja mendengar berita itu.Mana tidaknya,hadiah juga disertakan sekali!Hadiahnya juga sangat lumayan,iaitu hamper dan juga disertakan duit.

  Maka selepas pengumuman itu,saya dan juga beberapa rakan saya masih lagi berbincang mengenainya.Kami juga berbincang mengenai dekorasi kelas yang akan dibeli nanti.Saya sungguh gembira kerana mereka juga bersetuju untuk membeli beberapa perhiasan sekaligus menambahkan beberapa markah yang akan dikira oleh juri nanti.

  Malam itu,semasa saya sedang melayari aplikasi WhatsApp,saya mendapat notifikasi daripada kumpulan kelas kami iaitu 5 Ikhlas.Rupa-rupanya mesej itu dihantar oleh seorang pelajar dari kelas kami yang juga dikenali sebagai Myra.Dia menghantar gambar yang akan dihias nanti.Dia juga menyertakan harga bagi barangan berikut iaitu RM79.90.

  Tepat pada pukul 6;30 pagi,,Myra,Elya,Sakinah,Nurruhiyyah dan beberapa pelajar 5 Ikhlas juga membawa perhiasan kelas bersama.Ada yang membawa belon,tali yang digantung kain yang berbentuk segitiga yang berwarna-warni,dan tentulah juga bendera kebangsaan kita,iaitu Jalur Gemilang.

  Selepas pembelajaran dilakukan seperti biasa,ada beberapa pengumuman yang mengatakan juri akan mula untuk mengambil markah.Saya berasa sangat gementar.Saya teringat  kawan-kawan saya yang lain sanggup mengeluarkan berpuluh-puluh ringgit semata-mata untuk memenangi pertandingan ini.

  Selepas keputusan markah dibuat,Guru Besar mengumumkan pemenang bagi setiap kelas tahun 4,5 dan 6. Mahu tahu kami dapat tempat keberapa? Kelas kami tidak menang.Walaupun begitu,saya yakin bahawa Allah telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kami.Kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Saturday, 11 July 2015

Listerine

Aduh!
Sakitnya bibir saya!

Begini,pada malam semalam,ayah saya mengesorkan saya untuk guna Listrine.Sebenarnya Listrine sangat bagus untuk menghilangkan kuman di dalam gigi.
Tapi malangnya,diri yang merana!
Bibir saya kering sangat seperti di padang pasir.Aduhai,bagaimana saya mahu beraya dalam keadaan begini?

Jangan Risau!

Ibu cakap,gunalah madu setiap hari.Tetapi bagaimana?
Susah,susah!
Setiap malam saya letak madu dikeliling bibir supaya luka itu cepat baik.Itu sahaja jalan terbaik gara-gara tidak mahu pakai ubat di klinik.
(Sebenarnya,ubat di klinik itu rasanya sungguh pedih sehingga sakitnya menangis tidak berlagu. )

 Pada awalnya,memanglah rasa pedih tetapi lama-kelamaan tidak rasa pedih pun,Saya juga sudah perasan perubahan pada bibir saya.

Allhamdulillah.


Saturday, 4 July 2015

Raya

Masa itu ibarat emas,yang sangat berharga.
Kini,ramadhan  menjelang tiba.Marilah kita beramai-ramai berlumba memperbanyakkan ibadah yang bakal ditanya apabila akhirat nanti.

Kawan-kawan bagimana?

Post kali ini pendek sahaja.Eh,sebelum itu.,kawan-kawan sudah beli persiapan untuk hari raya?
(Ke situ pula saya fikir).

Oklah,itu sahaja untuk entri kali ini.Nantikan untuk entri raya yang seterusnya!

sayonara!