Saturday, 9 May 2015

Puasa Sunat

Hari khamis.

Hari ni Rasa teringin nak puasa sunat.Hurm,baguslah tu.Masa bangun sahur tu,senang je nak bangun.Satu pencapaian yang hebat.Sugoii desu.Makan ikan singgang asam pedas dan segelas koko Tok Aba.

  Masa pergi sekolah,tak rasa penat pun.Penangan koko Tok Aba rasanya.Malangnya,dapat bertahan  sampai pukul 4.00 sahaja.Pukul lima dah mula lapar..,masa tuisyen dekat sekolah agama lagilah..!Macam ZOMBIE! hehehe..Itulah,rajin sangat puasa sunat...tapi dapat pahala.

  Berbuka tu,makan ayam masak merah dengan kuih onde-onde.Kuih onde-onde tu tambahan sebab berjaya puasa sunat satu hari.sedapp..Oishii.Hurm..,apa kata kawan-kawan kalau saya puasa lagi?

Saturday, 2 May 2015

Bercerita

~24.3.2015~

Setelah beberapa hari bertungkus-lumus,kini sudah tiba masanya.Masa untuk pergi bertanding pertandingan bercerita Bahasa Inggeris.Teruja dan gementar.Perasaan saya bercampur-baur ketika itu.Tepat pukul 8.00 pagi,kami bertolak bersama rakan-rakan yang lai untu pergi ke SK Seksyen 20.Ada banyak acara.Ada pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Inggeris,Nasyid,hafazan,dan juga tarranum al-quran.Agak lama juga dari SK S ubang Bestari ke SKS 20.

Pertandingan MTQ peringkat PPD Petaling Perdana.

mereka semua menang.tapi saya?tidak menang pun...SEDIH.Tapi..Cikgu Shima cakap,bertuah dapat timba pengalaman..hurm...redha jelah.Kalau semua menang itu bukan pertandingan lagi namanya.Nak buat macam mana ,kan?Memang  tak ada rezeki untuk menang.Tapi Cikgu Shima cakap,Kalau kita betul-betul nak dapatkannya,jangan pernah serik kalau nak buat sesuatu...

PWTC

~2.5.2015~

Putra World Trade Centre. PWTC.Pesta buku antarabangsa.Agak sesak juga kat sana.Seronok jugak. Biasalah ,ulat buku.Ini tajuk buku yang kami beli di sana.(maaf tiada gambar.)

Ana Muslim=
-Saranghae,Ana
-Ana Dan Puteri Elisa
-Secantik Ana
-Ana..saya sayang awak.

Ain Maisarah pun ada banyak buku keluaran terbaru..hooray!

Ain Maisarah=
-Sumpahan Mahsorry Berdarah PINK
-Aku Mahu Adik Manja
-Aku Mahu BULI (yang ni dah lama tapi baru dapat beli)

Dan...buku penulis kegemaran saya!iaitu Boey!

-When I Was A Kid
-When I Was A Kid 2
-When I Was A Kid 3
Buku Boey memang best.sakit perut gelak.haha.

Dan juga buku lain ...Masa itu ada ternampak buku bahasa arab.serius,semua arab.Satu pun tak faham. Lepastu ada nampak orang buat tulisan khot.RM 5 je satu.Tapi ayah tak bagi.. -_-'' huhu..